Rabu, Disember 29, 2010

Merdeka !!!!

Alhamdulillah dah habis exam....merdeka3X
Syukur Allah telah permudahkan segala urusan exam kali ini...
Mudah-mudahan dimurahkan hati pemeriksa kertas untuk memberi markah yang baik....
Nak skor A.....bagi kekal CGPA 3 ke atas...InsyaAllah.

Lepas ni tunggu konvolah pula...amin

Ahad, Disember 26, 2010

Tinggal 1 paper lagi

Alhamdulillah petang tadi selesai paper kedua semester ini (HBIS4403) peperiksaan berlangsung di Dewan SMK Chendering. Mulai jam 2.00 petang. Pukul 4 dah keluar. Syukur Allah permudahkan urusan menjawab soalan tadi.

Hanya tinggal 1 paper lagi untuk diselesaikan pada 29 Disember ini (HBIS4203) di tempat yang sama tapi peperiksaan sebelah pagi pula 9.00 hingga 12.10 tengahari. Ada dua hari lagi masa untuk refresh balik topik-topik dalam modul. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan exam nanti. Amin...

Pengiktirafan Ijazah OUM

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Pra Sekolah) dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian dari UNITEM. Sehubungan itu, bagi calon yang telah memohon, permohonan tuan/puan tidak dibatalkan. Permohonan adalah lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 mulai Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan pengiktirafan kelayakan ijazah berkenaan pada 29 November 2010.klik

Rabu, Disember 22, 2010

Mudah-mudahan Rohnya dicucuri rahmat.

Pada hari Isnin 20 Dis 2010 seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Beliau ialah cg Mohd Hatta B Mat Beni...GPK Hem SK Ajil, rakan belajar di oum...sekelas masa 14 minggu di IP Kampus Dato' Razali Kuala Terengganu. Banyak membantu semasa menyiapkan tugasan terutama subjek bahasa inggeris.
Jasamu tetap dikenang. Terasa masih baru kita berbicara. Namun Allah lebih menyayanginya.

Takzaih buat isteri dan dua anaknya serta seluruh ahli keluarganya. Sabar dan tabah menghadapi ujian ini. teruskan kehidupan, semoga ada sinar bahagia yang dijanjikanNya menanti di hadapan.

Firman Allah Ta’ala :
al-anbiyaa
surah-al-Jumuah-ayat-8
Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Al Fatihah...

Sabtu, Disember 18, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Ahkir OUM

Alhamdulillah selama 4 tahun bertungkus lumus dan berhempas pulas menghadiri tutorial oum akhirnya sampai masanya peperiksaan akhir yang akan berlangsung pada 20, 26 dan 29 disember ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan sewaktu menjawab soalan seperti mana dipermudahkan sepanjang siri-siri tutorial sepanjang 4 tahun itu.

Selepas ini ringanlah sedikit rasanya..tidak ada lagi nak fikir pasal tugasan dan ujian. Namun tanggungjawab menuntut ilmu tidak terhendti di sini sahaja. Ia satu proses yang berterusan. Belajar Bukan Untuk Periksa..."Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri..."Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan dan juga menambah pendapatan atau tangga gaji.

Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?

Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

 "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
 Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim

Panduan doa  untuk diamalkan bersama :

DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
                                                                                




DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya

Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya

Ya Allah Ya Ghaffar ,

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ


Rasulullah SAW kemudian memperjelas dengan bersabda: "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga masuk ke liang lahad."

Atau dalam hadis yang lain: "Menuntut ilmu adalah wajib bagi muslim laki-laki dan muslim perempuan."

Seharusnya kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu seharusnya di 'istiqamah' kan sehinggalah ke saat nyawa di hujung halqum. Namun realitinya sekarang ini berbeza. Ramai insan-insan yang dahulunya merupakan seorang pelajar, pelajar yang bijak dan pintar, apabila melangkah ke alam pekerjaan menjadikan diri mereka ini sebagai manusia yang mempunyai 'mentaliti mangsa' - suka menyalahkan sesuatu keadaan/ situasi.

"Alah, aku dah kerja, buat apa belajar lagi! Buang masa ja."

Hai kawan2 lepas ni tak terfikir ke nak buat master pula?

Jumaat, Disember 17, 2010

7 Tipu daya syaitan...

7 Tipu Daya Syaitan

* Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah.
Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: "Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."

* Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah.
Dia menghasut manusia dengan mengatakan : "Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."

* Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: "Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna."

* Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta'ala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."

* Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: "Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu." Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."

* Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: "Bersungguh- sungguhl ah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas." Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: "Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."

* Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: "Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar."

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

"Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga."

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta'ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

"Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung."

Oleh Imam Ghazali (Minhajul Abidin)

Rabu, Disember 15, 2010

Apa dia Qanaah?

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:

i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.

ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.

iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, Disember 13, 2010

Sikap oh sikap....

Alhamdulillah pagi tadi saya dan beberapa ahli keluarga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu untuk menyambut kepulangan kakak kepada isteri saya dan suaminya. Penerbangan selamat tiba jam 9.45 pagi. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke pintu ketibaan. Ada yang menunggu seawal jam 8 pagi.

Apa yang menyedihkan ada dikalangan masyarakat kita yang memiliki sikap yang tidak sabar. Semua orang ingin bertemu dengan orang tersayang yang kian lama telah terpisah kerana menunaikan tuntutan rukun Islam ke lima. Namun sesetengah mereka seolah-olah hanya mereka sahaja yang rindukan kepulangan orang tersayang, orang lain juga mempunyai perasaan yang sama.

Lebih daripada tiga orang pengawal mengawasi pagar supaya orang ramai tidak melepasinya. Oleh kerana sikap mereka yang degil mereka seolah-olah tidak mengindahkan arahan tersebut dan ada yang keluar kemudian masuk semula menyebabkan keadaan menjadi amat sesak.

Berulang kali nasihat pengawal supaya bersabar dan menunggu di luar kawasan yang ditetapkan. Keadaan menjadi tegang apabila mereka tidak mengendahkan arahan tersebut. Sehingga kedengaran suara tegas dari pengawal " Tidak reti cakap melayu ke "...

Keadaan mula reda sedikit namun tidak begitu ketara. Sikap tidak sabar meguasai diri masing-masing. Alasan mereka hendak mengambil barang jemaah yang pulang....membantu ayah dan ibu yang sudah tua...sedangkan segala kemudahan telah disediakan oleh pihak pengurusan lapangan terbang. Orang tua telah dibantu oleh pegawai mereka dan barang2 sudah berada di atas troli yang juga dibantu oleh mereka.

Sekiranya masing-masing ada nilai sabar yang tinggi semua orang dapat menyambut ketibaan orang tersayang dengan baik dan tenteram sedamai dan setenteramnya wajah-wajah jemaah haji yang baru sahaja menjejak kaki kembali ke tanah air mereka.

Sampai bila masyarakat kita terus dan berterusan dengan sikap yang amat memalukan ini...bukan sahaja di sini malah semua tempat mereka berurusan...apatah lagi kalau disaksikan oleh orang yang bukan beragama Islam...kerana ada juga penumpang bukan islam menggunakan pesawat yang sama dengan para jemaah haji. 

Sabtu, Disember 11, 2010

senyum pun sedekah..

Sedekah tidak semestinya diberikan dalam bentuk wang ringgit. Terdapat pelbagai jenis sedekah yang boleh diberikan, antaranya ialah :

1. Senyuman
Senyuman yang ikhlas adalah sedekah. Orang lain akan berasa gembira jika wajah kita sentiasa manis dan sentiasa tersenyum. Ia tidak memerlukan kos yang mahal malahan tidak rugi sedikit pun sekiranya kita melemparkan senyuman bahkan ia mendapat ganjaran pahala pula daripada Allah s.w.t

2. Amar Maaruf dan Nahi Munkar
Mengajak saudara kita ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran juga satu sedekah kerana ia boleh membantu menyelamatkan mereka dari api neraka.

3. Menyelesaikan masalah Orang Lain
Melepaskan saudara kita dari kesempitan juga adalah satu sedekah ini kerana ia dapat meringankan bebabanan yang ditanggung mereka.

4. Membuang perkara yang Menghalang di Jalan
Mengelekkan orang lain mendapat musibah dari benda-benda merbahaya di jalan. Bukan sahaja orang lain bahkan mungkin ahli keluarga kita sendiri yang terselamat disebabkan perbuatan kita itu.

Apapun semuanya itu pasti dilakukan dengan niat yang IKHLAS.

sumber : HBIS4303..oum

Jumaat, Disember 10, 2010

Kisah Hijrah Rasulullah s.a.w

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. 

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. 

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. 

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

sumber :http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

kementerian pelajaran malaysia

Selamat Tinggal Wahai Anak2 Muridku....


Anak-anak didik ku sayang...

Terasa berat nak tinggalkan kalian....Namu demi tugasan kurelakan jua perpisahan..
Aku doakan kalian sentiasa menjulang kejayaan...
Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan...

Terima kasih kerana sudi menjadi muridku..
Tanpa mu sebesar zarah pun tak tenilai diriku..
Riak dan tawa, nakal dan apa jua karenahmu..
Menjadi kenangan indah yang teramat indah di sanubari ku

Walau masa terasa begitu cepat berlalu..
Enam tahun bersamamu banyak mengajarku
Erti sebuah kepayahan dalam memdidik dan mengajarmu
Menjadi insan yang berjaya dan berguna dalam menjalani hidupmu..

Di kesempatan ini
Ku menyusun sepuluh jari
Ku lafaz kalimah ampun dan maaf dari sanubari
Salah dan silap harap maafi jangan disemat didalam hati

Buat rakan2 seperjuangan
Teruskan usahamu mendidik di sini
Bertemu berpisah aturan Tuhan
Moga silaturrahim tetap bersemi...

Terima Kasih dan Jumpa Lagi...
Wassalam.








Khamis, Disember 09, 2010

SENYUM...Jangan Tak SENYUM

RAHSIA SENYUMAN...

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.

Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

petikan dari rakan facebooke : Aziran
terima kasih.

Selamat Berkunjung Ke Blog Senyum Sokmo

Terima kasih kerana berkunjung ke laman senyum sokmo....