Sabtu, Februari 19, 2011

Allah Maha Adil

kita mohon kekuatan
dan Tuhan memberi kita kesulitan untuk membuat kita kuat

kita memohon kebijakan
dan Tuhan memberi kita persoalan untuk diselesaikan
...
kita memohon kemakmuran
dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk bekerja

kita memohon keteguhan hati
dan Tuhan memberi kita bahaya untuk diatasi

kita memohon cinta
dan Tuhan memberi kita orang2 bermasalah untuk kita tolong

kita memohon kemurahan / kebaikan hati
dan Tuahn memberi kita kesempatan2

kita tidak memperoleh apa yang kita inginkan
tapi kita dapat segala yang kita perlukan

Ucaplah Salam Dengan Sempurna

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Begitu juga ketika anda memberi salam dan menjawab salam dalam tetefon...perasan tak anda ramai yg memebri salam sebagai "samaikum" yg jawab "kum salam"...tolonglah teliti sikit tentang bab salam ni k..ia adalah doa sesama umat islam.

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Selasa, Februari 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum

Alhamdulillah dan salam buat junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w penyudah segala nabi yang membawa segala rahmat untuk sekalian alam.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran baginda rasul s.a.w tahun 1432 hijrah. Semoga dengan kedatangan ulang tahun baginda pada tahun ini menambahkan lagi rasa kasih sayang kita kepada baginda dan akan berterusan hingga kita mendapat syafaatnya di akhirat nanti.

Sesunguhnya baginda s.a.w. adalah contoh teladan yang unggul dalam semua aspek kehidupan ini. Contohi dan laksanakan sedaya mampu yg mungkin untuk menjadi ummah yang berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Baginda memberi contoh sebagai pemimpin, ayah, anak, rakan, suami dan segalanya. Kita tidak boleh berkata itu nabi...saya manusia biasa...mana boleh....itu ucapan mereka yang tidak beriman...orang yang beriman disuruh mentaati nabi dan mengikutinya.

Maksud firman Allah : Taatilah kamu kepada Allah dan Taatilah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin.......( hingga akhir ). Allah sebut "atiiullah wa atiiurrasul..." kemudian Allah sambung lagi "waulillamr."
Maknanya ketaatan kepada Allah adalah secara mutlak dan tidak boleh mengikut keadaan. dalam semua hal kita kena ikut segalanya, dengan kata lain buat segala apa yang Allah dan nabi suruh dan tinggalkan segala apa yang Allah dan nabi larang. Tetapi pada pemimpin kita perlu menilai sebelum mentaatinya hatta walaupun mereka adalah ketua keluarga kita sendiri.

Semoga semua kita akan mendapat kerahmatan dalam hidup ini. InsyaAllah

Khamis, Februari 03, 2011

Kata-kata Hikmah Khulafa Rasyidin

Abu Bakar radhiallahu anhu berkata:


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, yaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
Umar bin Khattab radhiallahu anhu berkata:
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Utsman bin Affan radhiallahu anhu berkata:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari dosa)
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.