Jumaat, September 30, 2011

Ceramah Kem Bestari Solat

Petang tadi dijemput untuk menyampaikan sedikit tazkirah program kem bestari solat SK Bukit Diman. Peserta terdiri daripada pelajar tahun 3 - 6 didedahkan dengan bacaan-bacaan dan perlakuan dalam solat sepanjang kursus ini yang merupakan program wajib j-QAF.


Saya hanya mengisi sebahagian slot dalam kem tersebut. Pelajar2 ni sentiasa kena diingatkan dalam mengerjakan solat supaya mereka tidak lalai. Orang tua pun masih ada yang masih tidak lengkap lagi solat 5 waktu inikan pula anak2 kecil. Anak2 saya sendiri di rumah sering kena diingatkan tentang solat kalau tidak terlepas begitu sahaja lah.


Sebab itu nabi mengajar kita supaya mendidik anak bersolat seawal usia 7 tahun dan sekiranya tidak menunaikan solat pada usia 10 tahun  :


Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).


Pukul bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.


Kalau dalam suruh2 pun anak2 ni alpa apatah lagi kalau dibiarkan begitu sahaja tanpa teguran dan peringatan. 'Raya' lah mereka...asyik tengok tv memanjang.


Jadi kepada ibu bapa, sedarlah bahawa pihak sekolah sahaja tidak mampu untuk menyedarkan anak2 kita dalam apa jua perkara termasuklah dalam istiqamah menunaikan solat. Kerjasama ibu bapa amat2 diperlukan bagi membantu pihak sekolah mendidik anak2.

Khamis, September 29, 2011

Selamat Datang Guru Besar Baru...


SELAMAT DATANG
PN HJH ZAITON BT MOHD YUSOF
GB BARU SKFJB


Alhamdulillah SKFJB tidak kehilangan Guru Besar terlalu lama. Walau pemergian En Zubir amat-amat dirasakan namun dengan adanya pengganti beliau iaitu Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusof adalah disambut dengan baik dan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t. Semoga dengan pimpinan GB yang baru akan dapat meneruskan segala perancangan yang telah disusun sebelum ini disamping idea2 baru yang beliau bawa pastinya akan dapat memeriahkan lagi SKFJB untuk meraih pelbagai kecemerlangan selepas ini. InsyaAllah

Khamis, September 22, 2011

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Perasmian Bangunan Baru Prasekolah

Alhamdulillah pagi tadi sudah selesai majlis bacaan yasin dan solat sunat hajat sempena perasmian bangunan baru ( tambahan ) prasekolah. Ia dilaksanakan oleh semua guru yang berkesempatan dan pelajar2 tahun 6. InsyaAllah pada tengahari nanti Penolong Pegawai Pelajaran Daerah hulu Terengganu akan datang merasmikan majlis tersebut.

Mudah-mudahan dengan terbinanya bangunan tambahan ini akan memberi kekuatan dan semangat yang baru kepada guru prasekolah memandangkan sebelum ini hanya menumpang di bilik kelas biasa sahaja. Begitu juga diharapkan murid-murid pra juga akan dapat menerima pembelajaran awal kana-kanak dengan sempurna selaras dengan apa yang terdapat sub NKRA pendidikan yang memberi penekanan dan keutamaan kepada pendidikan prasekolah.

Rabu, September 21, 2011

SKFJB Kehilangan besar.....

TINGGAL KENANGAN ( En Zubir Bin Harun )

16 September 2011 : SK Felda Jerangau barat merasai kehilangan yang amat besar apabila Guru Besarnya akan bertukar ke sekolah Tebing Tembah mulai tarikh tersebut. Walaupun baru hampir 9 bulan bersamanya saya rasakan banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ditimba daripada beliau. Beliau seorang yang sangat komited dengan tugas dan mengambil berat dalam semua aspek dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.

Seorang yang berjiwa kental dan sentiasa inginkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan bagi dan memastikan ianya tercapai maka segala perilaku dan tindakan dijalankan secara kolektif dikalangan guru-guru SKFJB.

Walaupun terasa agak sukar menerima kenyataan ini namun ia tidak dapat ditahan dan semoga belia akan lebih maju di sekolah yang baru serta diharapkan guru besar yang datang menggantikan beliau akan dapat meneruskan visi dan misi sekolah dengan apa cara beliau sekalipun agar sekolah kita akan terus melonjak maju mencapai kecemerlangan dan dapat target samada dari segi band, sbt, baih dan sebagainya. InsyaAllah.

Ahad, September 11, 2011

Selamat Menduduki UPSR dengan Tenang

Selamat menduduki pepepriksaan UPSR kepada seluruh pelajar tahun 6 amnya dan kepada pelajar SKFJB khasnya. Semoga dapat menjadawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah. Saya doakan kalian  berjaya mendudukinya dengan baik dan beroleh keputusan yang cemerlang.

Ingat segala tip atau panduan yang telah disampaikan oleh guru-guru atau dalam program2 yang telah dilalui sebelum ini.