Sabtu, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Assalamualaikum

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan salam maal hijrah kepada ahli keluarga, sana saudara, sahabat handai, rakan taulan, semua yang mengenali dan kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita semua dapat menghayati pengertian hijrah yang sebenarnya dalam melayari kehidupan kita seharian. Saban tahun kita menyambut maal hijrah dengan pelbagai cara dan gaya. Apa pun semnagat hijrah dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang telah dipamerkan kepada kita merupakan satu hamparan teladan yang patut diikuti dan diteladani supaya kita menjadi umat yang bukan sahaja dapat menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya malah mudah-mudahan kita sentiasa membantu dalam menegak dan menjadikan Islam itu satu agama yang unggul dan dipelihara kesuciannya dengan menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup yang mana dengannya kita tidak akan sesat buat selama-lamanya. Seperti sabda baginda yang bermaksud ;

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.