Rabu, Mac 16, 2011

Rawatan Pergigian

Musim rawatan pergigian bermula lagi. Rombongan dari Pusat Kesihatan Ajil, Hulu Terengganu telah pun memulakan rawatan pergigian sejak 6 Mac yang lalu dan akan disambung semula pada 13 Mac ini setelah sekolah bercuti selamat seminggu. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Kesihatan Ajil hulu Terengganu.

Ahad, Mac 06, 2011

Barangsiapa inginkan teman....

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

Sama-sama kita renung-renungkan..

Jumaat, Mac 04, 2011

BILA MAUT DATANG MENDADAK......


Aku bimbang..sangat bimbang..
Bagaimanakah kalau besok aku mati mendadak
Sembahyangku masih banyak yang belum terqada'

Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
Oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau.. apakah aku akan dibelasah
Oleh pembengis-pembengis di alam barzakh
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA
 
Ayah menggunakan masa mencari keredhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan
Aku bimbang..amat bimbang..
Imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan
Pergi ke masjid seperti orang lain

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal
Bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH