Sabtu, Januari 28, 2012

Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas

Assalamualaikum

Perhatian kepada AJK Unit Disiplin dan Pengawas
Mesyuarat Pertama akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29 Januari 2012 ( Ahad )
Masa  : 1.30 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat

Semua AJK dijemput hadir

Sekian, harap maklum

Peringatan Mesyuarat


Isnin, Januari 16, 2012

Pendidikan Awal Pra sekolah

SKFJB telah membuka sebuah lagi pra sekolah pada awal tahun ini. Sebelum ini telah wujud sebuah pra namun atas permintaan ramai penduduk di sini kelas terpaksa ditambah dan keadaan ini membuktikan bahawa ibu bapa masih lagi memberi keutamaan kepada kelas pra sekolah walaupun pelbagai kelas swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Murid Pra Al Barakah tekun belajar bersama gurunya
Cik Rozita bt Chik
Murid Pra Al Mawaddah seronok ketika slot PJ
bersama guru kelasnya Cik Noorsazeelawati Bt Ngah

Khamis, Januari 05, 2012

Suratan Takdir Di Hujung 2011

Penghujung 2011 diakhiri dengan suasana yang amat pilu dan terharu sekali. Sebelum cuti akhir tahun persekolahan yang lepas kami sempat menghubungi bekas pengasuh anak kedua kami sewaktu bertugas di Batu Pahat Johor. Tujuan kami hubunginya adalah untuk menyatakan hasrat kami akan berkunjung ke sana menziarahi yang kami gelar sebagai atuk dan nenek.

Apabila nenek menyahut panggilan telefon, beliau menyatakan dirinya tidak sihat. kami bercakap bergilir-gilir dan seperti biasa setiap kali kami telefon. Nenek begitu gembira mendengar hasrat kami ingin berkunjung ke sana. Dalam masa yang sama nenek banyak berpesan kepada anak kami yang dijagainya supaya belajar bersungguh-sungguh dan rajin dalam menuntut ilmu. Di penghujung bualan saya sempat memberi nombor telefon kami yang baru, nenek mencatatnya.

Kami berbincang dan menetapkan tarikh untuk ke sana. Minggu pertama cuti nyata kami tidak dapat pergi memandangkan saya dan isteri bertugas pada masa cuti. Sengaja kami ambil minggu pertama sebab kami bercadang hendak ke sana pada minggu ke dua iaitu pada 29 November 2011.

Dalam masa yang sama ibu saya sendiri ada temu janji untuk memastikan penyakit yang dialaminya sekian lama. Tarikh temu janji pada 30 November. Kami membuat keputusan baru untuk ke Batu Pahat selepas ibu menjalani pemeriksaan. iaitu pada 1 Disember. Pada 30 Nov ibu ke Hospital Besar Kuala Terengganu di bahagian Endoskopi untuk bertemu Doktor pakar. Saya yang menghantar ibu bersama ayah.

Selepas pemeriksaan ibu direhatkan beberapa ketika sehingga ubat bius benar-benar telah hilang. Selepas itu kami pulang kerumah. Sebelum pulang perut ibu masih lagi membengkak kesan masukan kamera kedalam usus. Dr pakar menyatakan tidak dapat mengesan penyakit kerana kamera tersekat dibahagian selekoh usus ibu. Beliau juga memberi tahu perut ibu akan pulih setelah melalui proses buang air besar atau keluar angin.

Namun setelah 2 hari berada di rumah perut ibu semakin membengkak dan terasa sakit sedangkan sebelum pemeriksaan ibu waktu itu sihat, cuma ke hospital semata-mata untuk memastikan penyakit yang selalu dialaminya sebelum ini yang kerap sakit dalam perut.

kami sepakat adik beradik membawa semula ibu kehospital. Ibu ditahan. Setelah pemeriksaan dan xray alangkah terkejutnya kami apabila dr menyatakan bahagian usus ibu kami terluka dan bocor kerana tolakan kamera dalam usaha dr ingin mencari punca penyakit ibu. Apa yang merisaukan kami lagi ibu terpaksa melalui proses pembedahan untuk menutup semula kebocoran tesebut.

Segala pakar dr turun untuk memeriksa ibu sebelum pembedahan dilakukan termasuklah pakar bius dan pakar jantung. Sebelum ini ibu tiada rekod masalah jantung tapi di hari ibu akan menjalani pembedahan dr pakar kata ada masalah jantung. Oleh yang demikian proses pembedahan mungkin mengalami risiko yang amat tinggi memandang usia ibu juga sudah menjangkau 73 tahun. 

Sekali lagi kami mengalami saat yang amat getir. kami sedar hidup mati di Tangan Allah. Setelah mendapat keyakinan dari dr pakar dan beliau sendiri meminta maaf apa yang telah berlaku di atas kesilannya dengan menyatakan beliau telah cuba sedaya upaya buat yang terbaik dan membayangkan beliau juga ada ibu dan bapa, kami pasrah dan memaafkan kesilapan dr pakar tersebut. Entahlah kalau terkena kepada pihak lain mungkin berlaku saman menyaman dalam kes ini.

pada 2 Disember hari ibu kan dibedah, dari pagi kami berbincang sehingga jam 4.30 petang barulah saya dengan redha menurunkan tandatanga persetujuan. Lebih kurang jam 8.30 malam ibu ditolak ke bilik bedah. sebelum masuk dr memberi peluang kami bertemu ibu. Debaran semakin kencang. kami membaca yasin secara bergilir-gilir tidak putus-putus. Pukul 10 ibu mula dibedah...Alhamdulilah proses berjalan lancar dan dalam masa 30 minit dr telah berjaya melakukannya.

Dr yang bertanggungjawab terus mendapatkan kami dan menyatakan ibu selmat dibedah dan berjaya menampung semula kebocoran usus ibu, kami bersyukur kepada Allah kerana ibu selamat. Selepas itu ibu dimasukkan ke ICU untuk berehat selama 2 hari.

5 disember ibu dapat balik ke rumah walau masih terasa sakit kesan pembedahan. Di rumah dua hari darah banyak keluar. Kami bawa semula ke hospital. Ibu ditahan semula di wad. 4 hari lagi ibu ditahan. jahitan telah dibuka awal untuk mengelakkan jangkitan kuman. 

Sehingga kini ibu telah beransur pulih pada jahitannya namun sakit dalam peut yang sentiasa dialaminya masih belum reda. kami cuba juga cara tradisional dan rawatan dengan darul syifa. Namun keadaan tidak begitu berubah sangat. Ibu lebih sensetif dan sentiasa perlukan anak-anak sentiasa bersamanya.

Setelah kami melihat keadaan jahitan ibu telah semakin pulih kami bertekad untuk teruskan hajat untuk menziarahi nenek dan atuk di Batu Pahat. Sengaja kami tidak memberi tahu kepada mereka untuk kesana. Tak nak menyusahkan mereka dengan pelbagai persiapan.

Pada 20 Disember kami kesana. kami sampai lewat malam dan mengambil keputusan bermalam di hotel sahaja dan pagi esok akan ke rumah nenek. Selepas mengambil sarapan kami terus ke rumah nenek. Salam diberi dari perlahan dan lebih nyaring lagi. Muhammad aniq begitu teruja untuk bertemu nenek yang menjaganya suatu ketika dulu. Kami tunggu...akhirnya atu muncul keluar. Masa tu tergerak dihati ini entah2 nenek dah tiada. 

Atuk bersalam dan berdakaapan dengan kami sambil memberi tahu sayu nenek dah tak ada...masa tu muhammad aniq yang nenek panggil Wawa yang paling sayu dan sedih....biasa nenek yang akan muncul dulu dan memeluk dan menciumnya...tapi kali ni ....tiada lagi itu semua...

Selepas makan tengahari bersama atuk di Gerai Nasi Beriani Mohd Shah, atuk bawa kami ziarahi kubur nenek....kami sempat menghadiahkan bacaan surah yasin buat nenek...semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Nenek telah kembali kerahmatullah pada 30 N0vember 2011 jam 10.30 malam.....Atuk mencari no telefon baru kami yang nenek catat untuk maklumkan kematian nenek namun tidak ketemu. Ya Allah kami rancang nak datang 29 hb tapi apakan daya ibu juga sakit.....Kami merancang tapi perancangMu lebih baik Ya Allah. Maafkan kami nenek....menurut atuk nenek selalu sebut wawa mesti datang cuti sekolah ni....cuti akhir tahun biasanya kami akan melawat nenek...tapi tahun ni...semoga allah temukan semula kita di sana nanti..insyaAllah.