Isnin, Disember 13, 2010

Sikap oh sikap....

Alhamdulillah pagi tadi saya dan beberapa ahli keluarga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu untuk menyambut kepulangan kakak kepada isteri saya dan suaminya. Penerbangan selamat tiba jam 9.45 pagi. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke pintu ketibaan. Ada yang menunggu seawal jam 8 pagi.

Apa yang menyedihkan ada dikalangan masyarakat kita yang memiliki sikap yang tidak sabar. Semua orang ingin bertemu dengan orang tersayang yang kian lama telah terpisah kerana menunaikan tuntutan rukun Islam ke lima. Namun sesetengah mereka seolah-olah hanya mereka sahaja yang rindukan kepulangan orang tersayang, orang lain juga mempunyai perasaan yang sama.

Lebih daripada tiga orang pengawal mengawasi pagar supaya orang ramai tidak melepasinya. Oleh kerana sikap mereka yang degil mereka seolah-olah tidak mengindahkan arahan tersebut dan ada yang keluar kemudian masuk semula menyebabkan keadaan menjadi amat sesak.

Berulang kali nasihat pengawal supaya bersabar dan menunggu di luar kawasan yang ditetapkan. Keadaan menjadi tegang apabila mereka tidak mengendahkan arahan tersebut. Sehingga kedengaran suara tegas dari pengawal " Tidak reti cakap melayu ke "...

Keadaan mula reda sedikit namun tidak begitu ketara. Sikap tidak sabar meguasai diri masing-masing. Alasan mereka hendak mengambil barang jemaah yang pulang....membantu ayah dan ibu yang sudah tua...sedangkan segala kemudahan telah disediakan oleh pihak pengurusan lapangan terbang. Orang tua telah dibantu oleh pegawai mereka dan barang2 sudah berada di atas troli yang juga dibantu oleh mereka.

Sekiranya masing-masing ada nilai sabar yang tinggi semua orang dapat menyambut ketibaan orang tersayang dengan baik dan tenteram sedamai dan setenteramnya wajah-wajah jemaah haji yang baru sahaja menjejak kaki kembali ke tanah air mereka.

Sampai bila masyarakat kita terus dan berterusan dengan sikap yang amat memalukan ini...bukan sahaja di sini malah semua tempat mereka berurusan...apatah lagi kalau disaksikan oleh orang yang bukan beragama Islam...kerana ada juga penumpang bukan islam menggunakan pesawat yang sama dengan para jemaah haji. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan