Jumaat, Mac 22, 2013

Aktiviti Hem Sehingga 21 Mac 2013

Alhamdulillah sepanjang suku tahun pertama ini beberapa aktiviti di bawah pengurusan Hem telah dapat dijalankan dengan kerjasama warga SKFJB.
1. Pendaftaran Murid 2013

 

2. Taklimat bersama ibu bapa/penjaga Murid Pra dan Murid tahun 1
 



3. Mesyuarat Pengurusan Hem PPD Hulu Terengganu 1/2013



4. Penyerahan Kad Kebenaran Keluar Kelas


5.

Isnin, Februari 20, 2012

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

Syukur Alhamdulillah kerana program Watikah Pelantikan Pengawas dan Pelancaran Minggu Anti dadah (MADAH) telah dapat disempurnakan dengan jayanya walaupun dalam keadaan sederhana pagi semalam 19 Februari 2012.
 
GB lancarkan MADAH 2012





Program dimulakan dengan membaca perutusan anti dadah dan pelancaran yang dilakukan oleh Guru Besar dan girmit benci dadah oleh wakil murid.

Turut menyaksikan pelancaran tersebut ialah Sarjan major Abd Rashid Bin Ahmad, Ketua Polis Balai, balai Polis Ajil Hulu Terengganu. Kemudian beliau menyampaikan ucapan perasmian majlis watikah pelantikan pengawas. Belian banyak menasihati pelajar tentang pentingnya menghormati barisan guru dan ibu bapa kerana mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan membri ilmu pengetahuan kepada kita. Tanpa mereka hidup kita mungkin berada dalam kegelapan dan akhirnya mudah terjebak dalam gejala sosial seperti dalam penyalahgunaan dadah dan masalah disiplin sekolah yang lain.

 
Akhirnya Barisan pengawas sekolah menerima sijil watikah perlantikan masing-masing oleh beliau. Majlis disudahi dengan bacaan doa oleh ustaz Amran bin Arif.



Bacaan ikrar Pengawas


Isnin, Februari 13, 2012

Majlis Perasmian Laluan Murni dan Buletin Hal Ehwal Murid

Guru Besar sedang memotong riben merasmikan Laluan Murni dan Papan
Buletin Hem  turut disaksikan oleh GPK Hem dan guru-guru
Alhamdulilah pagi tadi telah berlangsung majlis perasmian Laluan Murni dan Papan Buletin Hem dalam suasana yang penuh sederhana tetapi cukup memberi impak kepada warga SKFJB terutamanya para pelajar. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff.
GB sedang menurunkan tandatangan persmian
Dalam ucapan awalnya, beliau berharap dengan adanya Laluan Murni dan Papan Buletin Hem akan memberi banyak manfaat kepda murid-murid dan guru-guru. Banyak maklumat dan perkara yang berhubung nilai-nilai murni boleh dipelajari oleh murid-murid. harapan beliau juga apabila murid-murid melalui lorong murni ini akan mendorong mereka berusaha menjadi insan yang bersahsiah murni dan dengan sahsiah yang murni akan mudah seseorang murid itu mendapat ilmu dan menempa kejayaan yang cemerlang.
<> 
<><>
Laluan yang telah wujud sebelum ini ialah laluan kurikulum dan selepas ini akan diwujudkan pula lalua Kokurikulum tidak lama lagi.

 




Khamis, Februari 09, 2012

Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 1 2013

Pada 8 Februari 2012 telah berlangsung program temu murni UPSR kali pertama. Di kesempatan ini pengurusan hem telah memberi penerangan awal tentang kemasukan ke tingkatan satu 2013 supaya ibu bapa mendapat maklumat awal mengenainya. Taklimat ringkas disampaikan sendiri oleh GPK HEM adalah diharapkan tidak timbul masalah kelewatan menghantar borang permohonan ke sekolah menengah dan jika berlaku pihak ibu bapa tidak boleh menyalahkan pihak sekolah kerana penerangan telah diberikan kepada mereka.

walaupun begitu makluman tentang kemasukan ke tingkatan satu akan di war-warkan selepas peperiksaan dan selepas keputusan UPSR dikeluarkan nanti. Semoga pelajar tidak terlepas mengikuti pengajian di sekolah menengah yang betul dan bersesuaian dengan keputusan UPSR mereka.

Selasa, Februari 07, 2012

Penyerahan Kad Kebenaran Keluar

Pagi tadi ( 6.2.2012 ) telah berlangsung majlis ringkas penyerahan Kad Kebenaran Keluar ( KKK) oleh yang berusaha Tuan Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusof kepada semua ketua kelas tahun 1 hingga 6 disaksikan bersama oleh GPK Hem, GPK 1 dan Guru Pengawas dan Disiplin serta guru bertugas mingguan. KKK ini adalah diharapkan supaya semua murid dapat mendidik diri menjadi pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah pihak sekolah tetapkan.


Contoh KKK dan Peraturannya


Sabtu, Januari 28, 2012

Mesyuarat Unit Disiplin dan Pengawas

Assalamualaikum

Perhatian kepada AJK Unit Disiplin dan Pengawas
Mesyuarat Pertama akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29 Januari 2012 ( Ahad )
Masa  : 1.30 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat

Semua AJK dijemput hadir

Sekian, harap maklum

Peringatan Mesyuarat