Jumaat, Ogos 26, 2011

Puasa Mendidik Jiwa

Puasa sudah sinonim bagi setiap muslim. Bila tiba Ramadhan ibadah puasalah yang menjadi keutamaan kepada mereka. Malah orang bukan islam juga mungkin sudah biasa dengan perkara ini. Namun pengetahuan tentang ibadah puasa bagi orang bukan islam dan islam sudah tentu jauh berbeza seperti langit dan bumi.

Adakah puasa yang diamalkan menjadi pendidik jiwa setiap muslim. Sejauhmanakah kebenaannya bahawa puasa benar2 dapat mendidik setiap jiwa insan.? Bagaimanakah yang dikatakan puasa itu dapat mendidik jiwa.? Persoalan2 begiti sering belegar dipemikiran saya dan mungkin juga dalam pemikiran anda semua.

Sejak kecil kita didedahkan dengan ibadah puasa. Ada ibu bapa yang sanggup 'membayar' anak2 dengan wang ringggit sebagai galakan. Tidak kurang  juga yang menjanjikan hadiah tertentu sekiranya anak2 dapat menghabiskan puasa genap sebulan. Seawal 4 tahun atau kurang dari usia itu sikecil yang tidak tahu apa2 itu sudah dilatih oleh ibu bapa mereka.

Persoalannya lagi kenapa didikan tersebut tidak menjadi benteng atau kekuatan kepada mereka untuk berpuasa apabila dewasa kelak atau setelah mencapai usia baligh? Malah paling malang ramai yg mendapat didikan awal puasa itu terjebak puasa dengan amalan rasuah. Adakah pemberian wang sewaktu kecil dahulu secara tidak langsung menanam sikap menerima rasuah ini?. Secara sedar atau tidak sedar?

Islam mengajar kita agar mendidik anak2 bersolat seawal usia 7 tahun dan jika tidak melakukannya ketika usia 10 tahun maka ibu bapa hendaklah memukulnya. Adakah ajaran ini boleh diguna pakai untuk ibadah puasa? Ramai ke ibu bapa yang menghadiahkan anak mereka apabila dapat solat penuh 5 waktu? yang kalau dilihat ibdah solat ini lebih mudah dari berlapar dari pagi hingga ke petang yang terpaksa dilalui oleh seorang kanak2 kecil.

Akhirnya puasa yang diamalkan tidak menjadi ibadah malahan ia bertukar menjadi adat. Mereka tahu tak puasa tak boleh raya! itu momokan yg mereka terima sejak kecil. Mereka tidak didedahkan kenapa orang islam wajib berpuasa. Ibu bapa sepatutnya menerangkan kepada anak2 mengapa islam mewajibkan umatnya berpuasa bukan menyatakan tujuan puasa untuk sambut hari raya semata-mata.

Begitulah senario yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini walaupun sudah ramai ibu bapa yang mempunyai kesedaran mengenainya. Mungkin kerana itulah puasa yang diamalkan tidak benar2 mendidik jiwa. Puasa tidak dapat mengelakkan diri dari pembaziran, puasa tidak membetuk tingkah laku yang baik, masih ada yang bertengkar dan bergaduh sesama sendiri, puasa tetapi masih tidak ada sifat sabar, dll lagi yang kadangkala tidak melambangkan mereka sedang berpuasa.

Sebab itulah agaknya rasulullah bersabda 

عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ]

Puasa seharusnya mendidk jiwa setiap insan. 30 hari waktu yang agak lama dalam sesi latihan pendidikan jiwa. Usah dicemari kerahmatan, keberkatan dan janji pembesan dari api neraka oleh Allah s.w.t apabila menjaelangnya syawal. Pakaian raya yang digunakan ikutlah tuntutan syara'. Usahlah kerana berfesyen lupa tentang aurat, usahlah kerana hendak bermaaf-maafan lupa batas pergaulan anatara lelaki dan perempuan-semua nak bersalam, usahlah nak bergembira sangat terus buat anjuran pertandingan karaoke" tiru macam saya" dan lain2 lagi yang boleh mencemari atau merosakkan latihan selama sebulan di bulan ramadhan.

Renungilah maksud hadis nabi saw

“ Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan yang ikhlas dan mengharapkan balasan daripada Allah S.W.T, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu”.

Mudah-mudahan puasa kita pada kali ini benar2 mendidik jiwa dan berjaya mendapat maqam KETAQWAAN yang sebenar2nya.
Wallahu taala a'lam.

Oleh Faizo bin Mat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan