Jumaat, September 30, 2011

Ceramah Kem Bestari Solat

Petang tadi dijemput untuk menyampaikan sedikit tazkirah program kem bestari solat SK Bukit Diman. Peserta terdiri daripada pelajar tahun 3 - 6 didedahkan dengan bacaan-bacaan dan perlakuan dalam solat sepanjang kursus ini yang merupakan program wajib j-QAF.


Saya hanya mengisi sebahagian slot dalam kem tersebut. Pelajar2 ni sentiasa kena diingatkan dalam mengerjakan solat supaya mereka tidak lalai. Orang tua pun masih ada yang masih tidak lengkap lagi solat 5 waktu inikan pula anak2 kecil. Anak2 saya sendiri di rumah sering kena diingatkan tentang solat kalau tidak terlepas begitu sahaja lah.


Sebab itu nabi mengajar kita supaya mendidik anak bersolat seawal usia 7 tahun dan sekiranya tidak menunaikan solat pada usia 10 tahun  :


Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).


Pukul bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.


Kalau dalam suruh2 pun anak2 ni alpa apatah lagi kalau dibiarkan begitu sahaja tanpa teguran dan peringatan. 'Raya' lah mereka...asyik tengok tv memanjang.


Jadi kepada ibu bapa, sedarlah bahawa pihak sekolah sahaja tidak mampu untuk menyedarkan anak2 kita dalam apa jua perkara termasuklah dalam istiqamah menunaikan solat. Kerjasama ibu bapa amat2 diperlukan bagi membantu pihak sekolah mendidik anak2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan