Isnin, Februari 20, 2012

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

Syukur Alhamdulillah kerana program Watikah Pelantikan Pengawas dan Pelancaran Minggu Anti dadah (MADAH) telah dapat disempurnakan dengan jayanya walaupun dalam keadaan sederhana pagi semalam 19 Februari 2012.
 
GB lancarkan MADAH 2012





Program dimulakan dengan membaca perutusan anti dadah dan pelancaran yang dilakukan oleh Guru Besar dan girmit benci dadah oleh wakil murid.

Turut menyaksikan pelancaran tersebut ialah Sarjan major Abd Rashid Bin Ahmad, Ketua Polis Balai, balai Polis Ajil Hulu Terengganu. Kemudian beliau menyampaikan ucapan perasmian majlis watikah pelantikan pengawas. Belian banyak menasihati pelajar tentang pentingnya menghormati barisan guru dan ibu bapa kerana mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan membri ilmu pengetahuan kepada kita. Tanpa mereka hidup kita mungkin berada dalam kegelapan dan akhirnya mudah terjebak dalam gejala sosial seperti dalam penyalahgunaan dadah dan masalah disiplin sekolah yang lain.

 
Akhirnya Barisan pengawas sekolah menerima sijil watikah perlantikan masing-masing oleh beliau. Majlis disudahi dengan bacaan doa oleh ustaz Amran bin Arif.



Bacaan ikrar Pengawas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan