Isnin, Februari 13, 2012

Majlis Perasmian Laluan Murni dan Buletin Hal Ehwal Murid

Guru Besar sedang memotong riben merasmikan Laluan Murni dan Papan
Buletin Hem  turut disaksikan oleh GPK Hem dan guru-guru
Alhamdulilah pagi tadi telah berlangsung majlis perasmian Laluan Murni dan Papan Buletin Hem dalam suasana yang penuh sederhana tetapi cukup memberi impak kepada warga SKFJB terutamanya para pelajar. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff.
GB sedang menurunkan tandatangan persmian
Dalam ucapan awalnya, beliau berharap dengan adanya Laluan Murni dan Papan Buletin Hem akan memberi banyak manfaat kepda murid-murid dan guru-guru. Banyak maklumat dan perkara yang berhubung nilai-nilai murni boleh dipelajari oleh murid-murid. harapan beliau juga apabila murid-murid melalui lorong murni ini akan mendorong mereka berusaha menjadi insan yang bersahsiah murni dan dengan sahsiah yang murni akan mudah seseorang murid itu mendapat ilmu dan menempa kejayaan yang cemerlang.
<> 
<><>
Laluan yang telah wujud sebelum ini ialah laluan kurikulum dan selepas ini akan diwujudkan pula lalua Kokurikulum tidak lama lagi.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan