Khamis, Februari 09, 2012

Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 1 2013

Pada 8 Februari 2012 telah berlangsung program temu murni UPSR kali pertama. Di kesempatan ini pengurusan hem telah memberi penerangan awal tentang kemasukan ke tingkatan satu 2013 supaya ibu bapa mendapat maklumat awal mengenainya. Taklimat ringkas disampaikan sendiri oleh GPK HEM adalah diharapkan tidak timbul masalah kelewatan menghantar borang permohonan ke sekolah menengah dan jika berlaku pihak ibu bapa tidak boleh menyalahkan pihak sekolah kerana penerangan telah diberikan kepada mereka.

walaupun begitu makluman tentang kemasukan ke tingkatan satu akan di war-warkan selepas peperiksaan dan selepas keputusan UPSR dikeluarkan nanti. Semoga pelajar tidak terlepas mengikuti pengajian di sekolah menengah yang betul dan bersesuaian dengan keputusan UPSR mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan